Kursus Asas Microsoft Office Powerpoint
9 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Microsoft Power Point telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 6 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 4:00 petang, pada 18 Ogos 2019. Jumlah peserta yang hadir seramai 8 orang, terdiri daripada golongan pelajar dan surirumah. Selain daripada itu, Semasa kursus berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan topik Penipuan Kewangan di Internet juga turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada supaya tidak menjadi mangsa penipuan terutama yang melibatkan wang.
Melalui Kursus Asas Microsoft Power Point para Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Power Point seperti berikut; cara mencipta pembentangan baru, cara membuat gambar dengan pelbagai reka letak, cara menyunting gambar, cara menggunakan templat reka bentuk untuk slaid, cara memasukan gambar dan clip art ke dalam slaid, cara memasukkan jadual dalam slaid, cara menggunakan animasi, cara menyimpan pembentangan, dan cara memulakan persembahan slaid. Pada akhir kursus ini para peserta yang telah menghadiri kursus telah boleh menggunakan perisian Microsoft power point secara asas untuk membuat Slide pembentangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: